Unified Voice Sdn. Bhd. (IMUV) ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Encik Wong Ming Chieh, dengan dibimbing oleh pengasas Institut Memandu Bunga Raya (IMBR) Encik Wong Sew Ling yang mempunyai pengalaman yang luas (30 tahun) dalam menyediakan perundingan & latihan dalam semua jenis lesen yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Kini, syarikat telah mempunyai kedudukannya sendiri untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan adanya 4 cawangan dan 1 pusat latihan di kawasan Kulai negeri Johor. IMUV memberi tumpuan dalam menyediakan perkhidmatan ujian lesen dan latihan yang diluluskan oleh JPJ dilengkapi dengan kelas kereta, motosikal dan lori dan kira-kira 20 orang jurulatih profesional yang diiktiraf oleh JPJ. IMUV komited untuk terus memperbaiki semua program latihan, pengurusan, peralatan dan kemudahan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan JPJ.